BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 19, 2010

SEJARAH PERJALANAN PerSIS

Pada Disember 2008,melalui perbincangan berkenaan aktiviti berunsurkan program dakwah
anjuran mahasiswa kearah lebih mendekati masyarakat luar maka berlangsunglah satu mesyuarat kecil antara mahasiswa yang begitu berminat berkaitan hal tersebut .Lantas , melalui pemerincian dan melalui 11 orang mahasiswa yang terlibat , bersetuju untuk menubuhkan persatuan bebas daripada mahasiswa dalam bermatlamatkan dakwah islamiyyah menerusi panggilan 'PerSIS' iaitu Persatuan Siswa /Siswi Insaniah Sarjana Muda.

Mesyuarat secara rasmi telah mula direncanakan untuk diadakan dibilik santapan Dewan KUIN dan dipersetujui dalam perjumpaan penuh di dewan santapan KUIN pada jam 5 petang penghujung bulan November 2008 .Perencanaan berhasil .Seramai 15 jawatankuasa disusun selaku organisasi induk.

Diketika ini "kusangka cerah hingga ke petang , rupanya hujan di tengahari " kerana ter dapat 5 individu telah menyuarakan pengunduran diri melalui sebab-sebab yang sukar dielakkan ,mereka terdiri daripada 2 orang muslimin dan 3 orang muslimat .Sehubungan dengan itu , telah menyebabkan kekosongan pada jawatan induk bagi kewangan , pemulihan , penerbitan , perubatan dan perantara.

0 ulasan: