BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 21, 2010




Cinta Yang Paling Agung

Hari ini merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki ke menara gading. Menitis air mata tatkala sebahagian impian dan cita-cita menjadi kenyataan... Keseronokan dalam menjalani minggu orientasi amat terasa walaupun kepenatan. Aku juga seronok dapat berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru dari luar. Merekalah sahabat yang menemani perjuangan dalam mencari ilmu dalam mengejar cita-cita...

Dalam mengejar cita-cita, aku sebagai muda remaja tidak lari dari perasan suka dan ingin disayangi oleh insan yang bergelar kekasih. Sungguh mengasyikkan sehingga aku lupa siapa diriku dengan Pencipta. Namun pelajaran tetap ku utamakan. Tanpa Rahmat-Nya pasti aku tidak berjaya. Sebagai manusia aku tidak lari dari membuat kesilapan. Satu persatu aku abaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Aku mulai keluar berpegang tangan dengan lelaki yang bukan muhrimku. Aku lebih suka berkawan dengan lelaki. Bagaikan satu kebanggaan bila duduk bersama mereka. Aku juga sudah pandai keluar tidak menutup aurat dan aku selalu menderhakai ibu bapaku. Aku selalu memandang rendah kepada bapaku dan selalu memuji kekasihku lebih baik dan bertanggungjawab.

Kini telah hampir 5 tahun aku meninggalkan kampus dan telah bekerja. Tetapi aku gagal dalam hidupku. Cintaku yang ku dambakan selama ini terkubur begitu sahaja kerana sikapku yang tidak jujur, malah segala kerjaya yang aku impikan juga musnah kerana tidak tertanggung derita ditinggalkan kekasih...

Benarlah firman Allah, segala dosa dengan ibu bapa pasti akan dibayar tunai di dunia tidak perlu menunggu di akhirat. Tatkala aku menderita kesedihan, aku bagaikan layang-layang terputus tali. Mak dan abah jua yang banyak membantuku dalam memulihkan semangat untuk meneruskan kehidupan.

Setelah setahun berlalu aku terkenang betapa besarnya pengorbanan mak dan abah.. Walau besar mana sekali kesalahan anaknya, mereka tetap memaafkan dan menerimaku malah banyak membantu aku untuk meneruskan kehidupan. Alhamdulillah aku bersyukur sangat di sebalik musibah ini, aku bertaubat dari segala dosaku yang lalu. Aku ingin menjadi hamba-Nya yang bertaqwa. Sungguh, tiada Cinta Yang Paling Agung melainkan cintaku kepada Allah dan Rasul. Tatkala aku melakukan kesilapan, Dia tetap merahmati hidupku dengan keampunan dan kasih sayang-Nya. Tetapi bekas kekasihku tidak mampu menerima kesilapan diriku malah meninggalkan aku. Aku tetap memaafkannya kerana manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Hanya Allah Rabbula'alamin yang Maha Sempurna lagi Maha Pengampun.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku... Sungguh hina lagi kerdil diriku di sisi-Mu... Jadikanlah aku hamba-Mu yang selalu bertaubat... Dan jadikanlah aku anak yang solehah.. Amin...

Thursday, August 19, 2010

RAMADHAN: Aku Amat Merinduimu...
السلام عليكم

Apa khabar iman ku hari ini..? Adakah aku masih sama dengan semalam atau lebih baik..? Ataupun adakah aku sedikit terleka dengan ujian yang diberi-Nya?

Sama-samalah kita 'topup' iman kita, bukan hanya kredit telefon setiap minggu..
''aku merinduinya'’

perghh, pasal ape ek..? macam jiwang je.. yup. aku terlalu merinduinya.. sangatt..
::apakah mungkin akanku bertemu dengannya pada kali ini?::
::apa yang harus aku pakai untuk bertemu dengannya?::
::cukupkah hanya ala kadar atau berhias secantiknya?::

Sudah lama aku tidak bertemu dengannya.. Sangat lama.. Apakah aku sudah melupakannya? Kenapa saat-saat begini, hatiku seringkali mengingatkannya? Mungkin saat untuk bertemu dengannya sudah tidak lama..

Terkadang aku terfikir, apakah yang aku lakukan sepanjang ketiadaannya? Makin terukkah aku? Atau bagaimana? Adakah aku cuma baik tika berada dalam dakapannya..? ahh, aku tidak mahu begitu..
Aku mahu sentiasa baik walaupun masa berlalu pergi.. Aku tidak mahu berpura-pura. Aku tidak mahu gagal.. tapi, betapa susahnya hendak istiqamah dalam melakukan semua itu.. Ujian yang datang membuatkan aku terleka sejenak.
Ya Allah, sampaikanlah aku pada bulan Ramadhan.. andai ini Ramadhan terakhir untukku, semoga ia lebih baik daripada yang sebelumnya..

~amiin!!..~

SEJARAH PERJALANAN PerSIS

Pada Disember 2008,melalui perbincangan berkenaan aktiviti berunsurkan program dakwah
anjuran mahasiswa kearah lebih mendekati masyarakat luar maka berlangsunglah satu mesyuarat kecil antara mahasiswa yang begitu berminat berkaitan hal tersebut .Lantas , melalui pemerincian dan melalui 11 orang mahasiswa yang terlibat , bersetuju untuk menubuhkan persatuan bebas daripada mahasiswa dalam bermatlamatkan dakwah islamiyyah menerusi panggilan 'PerSIS' iaitu Persatuan Siswa /Siswi Insaniah Sarjana Muda.

Mesyuarat secara rasmi telah mula direncanakan untuk diadakan dibilik santapan Dewan KUIN dan dipersetujui dalam perjumpaan penuh di dewan santapan KUIN pada jam 5 petang penghujung bulan November 2008 .Perencanaan berhasil .Seramai 15 jawatankuasa disusun selaku organisasi induk.

Diketika ini "kusangka cerah hingga ke petang , rupanya hujan di tengahari " kerana ter dapat 5 individu telah menyuarakan pengunduran diri melalui sebab-sebab yang sukar dielakkan ,mereka terdiri daripada 2 orang muslimin dan 3 orang muslimat .Sehubungan dengan itu , telah menyebabkan kekosongan pada jawatan induk bagi kewangan , pemulihan , penerbitan , perubatan dan perantara.

SEUNTAI MADAH PEMBUKA BICARA

Melalui kerjasama segelintir mahasiswa INSANIAH yang berminat ke arah dakwah dalam program m0tivasi,ceramah dan pendidikan maka tertubuhlah satu persatuan sebagai cara @kaedah yang sempurna bagi melancarkan aktiviti dakwah,tanpa bermatlamatkan sesuatu yg membelakangkan pihak pentadbiran serta pengurusan K0lej Universiti iNSANIAH (KUIN)

Lumrah Al-Awai'k amat ketara dalam persepakatan & gandingan bersama dlm mewujudkan sesuatu jawatankuasa yg kukuh.Lantaran berbekalkn iltizam&semangat islamiyyah berserta semangat & d0a maka,seramai 15 0rg siswa/siswi telah berjaya membentuk 0rganisasi induk dgn pelbagai variasi peranan/tugas berk0nsepkn syumuliyyah amaliyyah.

Dgn brteraskan keutuhan sl0gan "PAMERKAN ISLAM PADA KESUNYIAN IMAN" sebagai bukti mempamerkan nilai etika jasmaniah islam brsama kemanapan iman tanpa mazmumah seperti riak,takabbur,ujub yg b0leh mmbinasakan sesuatu ibadah.

Sebagai pgh0rmatan kepada Majlis Pewakilan Mahasiswa(MPM),PerSIS telah menggariskn 1 syarat kepada individu yg ditugaskn MPM bagi sesuatu tugasan adalah haruslah diutamakan serta,individu terbabit dilarang keras utk melibatkan diri dlm prgerakan PerSIS.

k0nsep "KEUTAMAAN YANG DI UTAMAKAN"

"Al-Aulawiyyat" sebagai m0to kepada setiap tindakan PerSIS bersumber@menc0ntohi cara dan teknik seperti yang dihuraikan oleh Pr0f.Dr.Yusuf Ai-Qardhawi dalam kitab karangan beliau bertajuk "Al-Auiawiyyat"kepada permasalahan fiqh. Sehubungan itu,peringatan secara individu @ berkumpulan kepada ahli2 PerSIS bagi mengutamakan pentadbiran K0lej Universiti dalam setiap urusan.

Secara amnya, perkataan 'persatuan' digunakan bagi sesuatu 0rganisasi yg diluluskn oleh sesuatu 0rganisasi yang utama. Maka, matlamat tertubuhnya persatuan ini telah kerap kali disuarakan kepada pihak yang bertanggungjawab iaitu sebelum/ketika/selepas sesuatu program berlangsung bagi meluluskan penubuhan melalui acuan sebenar

Benar, 'Tak Kenal Maka Tak Cinta' inilah peribahasa melayu yg berk0nsepkn mahmudah kearah berperasangka baik melaui perundangan islam yg mendidik supaya tidak membuat keputusan dan sebarang tindakan sebelum di selidiki secara menyeluruh hal ini haruslah di hayati......





FALSAFAH PERSIS
Yakin terhadap keupayaan pelajar Islam untuk melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan seiya pelaksanaan dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah serta Ijmak dan Qias.


MATLAMAT
Mewujudkan golongan pencinta ilmu Islam kearah tatatertib serta berdaya saing bagi mencapai kejayaan dengan mencontohi Rasullullah ,Sahabatnya dan Sarjana Islam.


VISI
Muncul sebagai pertubuhan prlajar -pelajar Islam yang aktif berdakwah dengan mendekati masyarakat umum melalui kerjasama rasmi pihak pemerintah Malaysia.


MISI
-Mengutamakan Rukun Islan dan Rukun Iman .
-Melaksanakan tugasan bercorak jatidiri rakyat Malaysia sejajar dengan Rukun Negara.
-Melahirkan siswa/siswi berjasa untuk berbakti kepada masyarakat .
-Membuktikan keupayaan pelajar Islam untuk mendekati masyarakat umum.


MOTO
Al-Alawiyat (keutamaan adalah diutamakan)